Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain..
Perkhidmatan keguruan merupakan antara perkhidmatan yang mendapat perhatian dan menjadi tumpuan masyarakat pada masa kini. Permintaan yang tinggi terhadap kerjaya ini menyebabkan pelbagai usaha, rintangan dan cabaran terpaksa dihadapi oleh golongan pendidik dalam usaha memartabatkan profesion ini selari dengan aspirasi pendidikan negara. Justeru dalam subjek ini, dikemukakan pelbagai cabaran semasa yang dihadapi oleh guru dalam mengharungi dunia pendidikan.
No comments:
Post a Comment